Sunday, 2 October 2011

Potong kuku???

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua khinzir2 tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.=p

wallahu a'lam.

credit to the uploader
Sampaikan walau hanya 1 ayat...


juz sharing, copy & paste je keje aq...huhu

Indahnyer Ukhwah Islam!!

Assalam..

Sama dengan tajuk kat atas nun, saya nak coretkan sikit mengenai  ukhwah.. ukhwah Islam ni unik.. indah sangat! Ukhwah bermula bila ada perkenalan antara dua insan.. ukhwah tanda persahabatan dengan orang yang kita baru kenal...

contoh macam saya sendiri la.. ada satu ari tu, saya antara insan terpilih pergi kem dekat kedah.. org ajak saya datang kedah taw.. ha3.. tiga hari sahaje dekat sana.. syok!! dalam kem tu la saya kenal ramai kawan-kawan & sahabat-saahbat baru.. main kenal-kenal dengan kawan2 baru, siapa yg tak suka la kan.. saya suke.. >.<

kem tu lebih kepada kem kerohanian.. pupuk iman dalam diri.. memang banyak la saya nangis kat sana.. kat sana la saya baru kenal diri saya.. dan baru saya tahu berdakwah tu wajib atas semua individu... takut taw...

kalau korang kena pi dakwah kat owg lain secara tiba-tiba,.. amacam?? berani ka?? huhu... ada la satu masa tu kan, ada akhi (abg fasi) dia tanye la kat kitorang.. "antum-antum berani tak tegur orang yang buat salah??" semua senyap.. tunduk bawah jer... ha3..

pasal dakwah plak, saya cuma nak coretkan, saya memang tak kuat tuk mulakan dakwah ni.. saya tak ade keberanian.. saya bagitau la kat akak fasi tu.. ada la akak tu cite, "takpe dik, keberanian tu boleh muncul tapi kite kena la mulakan benda tu tuk dapat kebranian.. emang la dakwah tu susah, tapi kita kan ada shabat2... tu la penting ukhwah kita dengan sahabat-sahabat.. sahabat la akan bantu kita masa  kita susah, kat tempat kita blajar ni.. mak ayah jauh kat kampung... so, kita kena la kuatkan ukhwah.. sahabat2 kita ni macam adik beradik kita.. sebab tu lau ada masalah, cite kat shabat2 kita ni..sbb tu penting gak, kita ukhwah dengan sahabat2 yang baik, bukan yang dah terpesong tu.. lau ikt dorang, nanti kita akan hanyut macam dorang... nak didik dorang, kita kena dakwah.. lau nak dakwah, kita emang tak kuat lau buat sorang-sorang kan?? sebab tu penting ukhwah dengan sahabat2 kita nie.." =p

berderai air mata saya tau dengar akak tu pesan... memang betol, kita hidup lebih pada kawan2.. sekarang,  kampung nun jauh di sana, kita di sini.. ha3.. tu penting pilih kawan2 yang baik.. ukhwah dengan dorang taw!!

sbb...
1, sahabat yang baik takkan bawa kita ke jalan salah..
2, sahabat yang baik bawa kita kenal Allah SWT
3, sahabat kita akan bantu kita kalau kita ada masalah...

dan pentingnya sahabat yang baik sebab dia akan ada bila-bila pun kita perlu dia...

ingat tau, "sahabat ketawa, ramai giler boleh dapat.. tapi sahabat menangis, susah nak cari taw".. so, kalau ada sahabat-sahabat kita yang sayang kita, caring pasal kebaikan & perangai kita, hargai la mereka.. kalau ada salah, mintak la maaf... jangan bagi dia tinggal kita... huhu...by the way, hayati lirik lagu & lagu kat bawah.. jangan marah.. peace... =P


UKHWAH SEJATI ~ FAREAST

Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Bersemi ukhuwwah dipupuk kasih

Kita rindukan kasih sayang
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjuangan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan

Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesama